Saturday, 23 November 2013

Kemanisan Tarbiyah

Assalamualaikum..
Apa khabar semua...
Sihat tak...
In shaa Allah.. X sihat pun.. Kte set kn minda.. Kte sihat..
Betul x.. Sbb apa.. Kte masih ase 5 pancaindera yang sempurna lagi,.
Cume Allah uji kte sikit je dgn ujian kesihatan...
Adkah layak untuk kte mengeluh walhal segala nikmat yang Allah berikan melimpah ruah...
Tepuk dada tanya iman..

Ya betul..
Manusia itu insani... Mudah lalai mudah terpengaruh mudah menjadi riak, takbur astagfirullah..
Jauhilah diri ana dari syirik kecil ini...
Namun... Igtlah sepekara.. Kte dijadikan Allah diatas muka bumi ini  sabgai khalifah, untuk menyampaikan dan mengajak saudara kte ke arah kebaikan...
Yang paling penting melaksanakan perintahnya,, tiang agama... Iaitu solat...
Tanpa tiang agama yang kukuh itu runtuhkah sebuah institusi islamiah..
Yang seharusnya dibina atas dasar yang mempandukan Alquran dan Hadith..

Dipenghujung akal ade agama...
Setiap benda didunia ni sama2 bertasbih memuji kebesaran Ilahi..
Apa maksud dipenghujung akal ade agama..
Contohnya kipas, even kipas pun kawan2.. Mereja juga bertasbih memuji Ilahi..
Persoalannya... BAGAIMANA.???
Cube kte fikir balik dri mne kipas dtg..
Dri plastik kan.. Mne dtg plastik tu dri sumber bumikan...
Mana pula dtg sumber bumi.. Mesti ada sang penciptakn..
Dri itu agama dilihat...
Sedangkan benda dan binatang pun bertasbih pada Ilahi..
Agaknya lakn ade ke reason why.. Kte manusia yang Allah cipta sempurna pancaindera dicantikn lagi dgn akal yang waras ni untuk tidak bertasbih atau untuk melengahkan sesuatu kerja atau ibadah yang dituntut ilahi.. Tepuk kepala dan start to think...
Why are we here... Adkah untuk berhibur semata - mata, adkah untuk bersuka ria semata mata...
Oleh itu untuk menjadi insan yang cemerlang ade 10 muwasafat tarbiyah yang harus kte ikuti dan amalkan:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Dipetik dri pembina.com




No comments:

Post a Comment