Wednesday, 25 December 2013

Laksa perligh mari...


Bahan2 : 
Satu tin sardin yg besar
Dua sudu bawang merah yg dikasar
Setengah sudu cli powder
5 tangkai daun kesum
Satu batang bunga kantan
2 keping asam keping
Limau nipis
Cili hidup

Cara2: 
1. Blen sardin dgn bawang dan kasukan satu tin air
2. Rebuskn dlm periuk dan tmbh dua lagi tin air
3 masukkan setengah sudu cili powder
5. Dan kacau sehingga mendidih
6. Masukan daun kesum yg dh di cbut batang nya berserta bunga kantan
7.masukan setengah sudu garam dan ajinamotor
8. Tunggu sehingga daun kesum hitam sedikit

Dah siap

Friday, 13 December 2013

Kari ikan kasturi


Bahan2:
1. 3 sudu bawang merah dan putih yg dh dikisar
2. Tumbuh satu inci halia dan satu biji cili bengala
3.5 sudu kari ikan buatkan paste dlm satu cawan berisi air
4.bunga lawang, kayu manis dan rempah2 semua
5. Satu cwan air asam jawa
6.sayuran: terung, bendi, tomato, cili hidup
7. Dua btang daun kari dan satu sudu halba cmpur
8. Dua cawan air
9. Setengah limau kasturi
10. Dua sudu cukup rasa
11. Setengah sudu garam

Cara cara
1. Tumis bawang2 segala bersama cili, halia, rempah ratus, daun kari dan halba cmpur
2. Naik bau dan masukan pes kari dan air asam jawa berserta secukup rase dan garam
3. Masukan air dan setengah buah limau dan biar pecah minyak
4. Masukan ikan, terung dan bendi
5. Tunggu sehingga mendidih 15 minit masukkan tomato
6. Sedia di hidang

Thursday, 12 December 2013

Sotong masak kunyit kasturi


Bahan2
Dua sudu bawang merah dan putih
Satu batang serai
5 biji cili padi
Satu inci halia
3 pasang sotong di potong
Dua cawan air
Satu sudu kunyit
3 sudu gula
Satu sudu teh garam
satu setgah sudu cukup rasa
Satu biji limau kasturi

Cara2:
1. Tumis bawang merah, putih serai, cili dan halia sehingga naik bau
2. Masukan air dan sotong
3. Masukan perisa garam, gula dan secukup rasa
4. Perahkn limau dan dah siap

Monday, 9 December 2013

Kurma ayam kasturi


Bahan2 :
Bawang merah kecil 5 biji dan bawang putih 3 biji
Bunga lawang kayu manis buah pelaga ( semua rempah ratus)
Dua batang serai
Satu biji ubi kentang
Satu inci halia
Satu keping asam keping
Satu biji limau
Satu batang cili hidup
Satu batang terung
Satu biji tomato
4 sudu serbuk kurma
2 1/2 cwan air
Satu setengah kotak santan
Dua setangh sudu cukup rase
Satu sudu teh garam

Cara2: 
1. Tumis bawang2, rempah rastus, serai dan halia sehingga naik bau
2. Masukan serbuk kurma dan santan dan air
3. Perahan buah limau dan asam keping
4. Secukup rase dan garam
5. Masukan ubi kentang, ayam, terung dan cili hidup
6. Tunggu sehingga mendidih/ ayam masak bru masukkan tomato
7. Tunggu sehingga terung lembut ( 15 minit ) 

Dah siap untuk di hidang :)


Saturday, 7 December 2013

Nasi goreng mak jemah


Nasi goreng mak jemah

Bahan2:

5 biji Bawang merah kecil dan 3 biji bwang putih
Dua sudu Cili paste 
4 biji cili padi
Satu port nasi 
3 biji sosej digoreng dan potong halus
Satu biji telur
Garam, ajinamoto dan secukup rase
Kicap

Cara2
1.tumis bawang merah, putih dan cili padi
2 masukan sedikit air dan tuggu smpai berlegr
3. Masukkan garam satu sudu teh garam dan dua sudu cukup rase
4. Masukan nasi dan gaul rata
5. 4 kali tuang kicap
6. Gaul rata dan masukkn nasi 
7. Masukan sosej yg dah digoreng
8. Pecahkn telur dan buat mcm telur dadar..
Lipat2 kn die dan potong nipis2
Hiaskan di atas nasi goreng...
Dahh :)

Sayur ambang

Assalamualaikum,,, hari ni ana nk share rasepi sayur nasi ambang..
Selamat mencuba...



Bahan2..
Tempe dan tauhu digoreng dgn kunyit satu sudu and garam setangh sudu
2 ikat suun
5 tangkai kacang panjang
Dua biji ubi kentang digoreng
4 biji cili padi
Satu biji cili hidup
4 biji bawang merah kecil dihiris
3 biji bawang putih dihiris

Cara cara
1. Tumiskan bawang merah, putih dan cilipadi sehingga naik bau
2. Masukkn kacang panjang yg sudah dipotong yang telah  direndam
3. Goreng sehingga lembut sedikit
4 masukkan tempe, tauhu dan ubi kentang
5. Masukkan garam setagh sudu dan satu sudu cukup rase
6. Masukkan suun yg telah direndam dgn air panas
7. Kacau2 sehingga rata...
Dan walla dah siapp hehe selamt mencuba

Monday, 2 December 2013

Sup ayam limau kasturi


Sup ayam limau kasturi
Bahan2
Ayam yg dipotong kecil
Serai yg ditumbuk
3 biji Bawang merah potong besar
2 biji Bawang putih dan 1 inci  halia hiris kecl
Satu biji limau
5 cili padi dihiris
1 biji potato
Satu biji tomato
Putih jagung /brocolli putih
Satu sudu teh Garam dan satu setegh sudu cukup rasa
Bunga lawang, kayumanis, ( dan bhn rempah sengkatan)

Cara2:
1. Tumis bawang putih/ merah/ halia/ cilipadi dan serai dan rempah2 tu
2. Masukan ayam yg dipotong dan ubi kentang
3 masukkn 1 liter air
4.  Masukan garam dan cukup rase dan perahkn limau tadi
5. Masukn sayur2 kecuali tomato
6. Ayam dah masak sikit, masukkn tomato 
7 2-3 mcm tu boleh hidang